Sunday 24 February 2013

Energizing Soy Protein a.k.a ESP





ESP merupakan hot product shaklee dan tersangat laris di pasaran kerana mengandungi khasiat yang sangat luar biasa. ESP merupakan protein bukan GMO yang lengkap dengan semua asid amino.


Antara kebaikan ESP shaklee ialah:

  • Menyediakan tenaga berkekalan serta berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang berterusan dan konsisten.
  • Protein soya yang membantu mengurangkan dan merendahkan paras kolesterol dalam badan di samping mencegah risiki osteoporosis dan sakit jantung.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Merangsang pembentukan sel serta otot baru.
  • Mengembalikan radian kulit dan menambahkan kepejalan otot.
  • Mengatasi masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua (awet muda)

Tahukah anda?????

  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2kali ganda daging, 4kali ganda telur, 12kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric serta sangat mudah diserap oleh tubuh kita










Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 






Thursday 21 February 2013

KESIHATAN KUNCI KEBAHAGIAAN KELUARGA


Orang tua pernah menyebut, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri berada di dalam keadaan tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Justeru, biar bagaimana sibuk sekalipun golongan wanita perlu mengutamakan kesihatan mereka.


Kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya ibu dan isteri tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak sihat. Golongan wanita yang terdiri daripada seorang ibu, isteri, pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan dan sektor swasta perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri sebelum dapat melahirkan keluarga yang sihat.


Jika golongan wanita sentiasa kurang sihat, bagaimanakah golongan ini akan dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang sihat. Menurut isteri Menteri Pengangkutan, Datin Ann Chang, sesebuah keluarga juga akan merasai penderitaan sekiranya ibu atau isteri di dalam sesebuah keluarga itu tidak sihat.

Katanya, apa yang mungkin dilakukan untuk membantu ialah memberi sokongan moral dan berdoa agar seseorang itu cepat sembuh. "Kita sendiri perlu sedar betapa kesihatan diri itu penting dan kita juga perlu sedar bahawa menjaga kesihatan tidak sahaja bermakna kita berusaha mengelak dari penyakit berbahaya seperti barah," tambah beliau.


Jelasnya, kita juga perlu mengelak daripada pelbagai penyakit biasa yang lain seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, ostereoporosis dan sebagainya untuk hidup sihat. Golongan wanita pula perlu mengamalkan corak hidup yang sihat, menjaga pemakanan dan memastikan makanan yang seimbang, melakukan senaman harian untuk menyihatkan tubuh badan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan diri dan juga minda.
Katanya, untuk memastikan bahawa golongan wanita benar-benar sihat, pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan secara berkala dan tidak menunggu sehingga benar-benar perlu sahaja.


"Amalan hidup sihat perlu dijadikan amalan hidup kita, supaya kesihatan sentiasa wujud di dalam diri dan keluarga kita. Di dalam era persaingan kini, kesihatan menjadi tunjang utama kepada kejayaan kita. Jika tidak sihat, tiada satu kerja pun dapat dilaksanakan dengan baik,'' katanya.
Ann berkata, penyakit barah payu dara adalah merupakan pembunuh utama di kalangan wanita. Penyakit ini katanya, memang digeruni oleh setiap wanita dan tiada seorang pun yang ingin merasai penyakit itu.
"Bukan sahaja penyakit ini tidak mempunyai cara rawatan yang cepat, malah ia akan menyebabkan pesakit menanggung derita akibat daripada proses rawatan yang perlu dijalani dan akibat daripada tekanan emosi,'' katanya.
Beliau memberitahu, walaupun penyakit ini merupakan suatu yang amat ditakuti oleh wanita, namun tidak banyak pendedahan yang telah diberikan mengenai penyakit itu terutama di peringkat akar umbi atau peringkat bawahan. Katanya lagi, tidak ramai wanita yang mengetahui dengan erti kata sebenar akan cara untuk mengenal pasti penyakit ini, bilakah rawatan harus diperoleh dan sebagainya.
Oleh itu katanya, penyebaran maklumat pada seminar-seminar yang dianjurkan adalah digalakkan supaya lebih ramai wanita memahami dan mengenali gejala penyakit ini dan mengenal pasti tanda-tanda penyakit barah payu dara supaya tindakan dapat diambil di peringkat awal lagi.
"Apa yang sering diketahui, ramai wanita hanya mengetahui bahawa mereka mengidap penyakit itu apabila telah sampai ke tahap yang berbahaya. Justeru, maklumat yang diperoleh melalui seminar-seminar seperti ini akan dapat memberikan pengetahuan untuk semua bagi mengenal pasti penyakit ini dan dengan sendiri mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mendapatkan rawatan sekiranya perlu,'' katanya.


Sumber; 
Utusan Malaysia