Friday 29 March 2013

Testimoni Set Penyusuan (ESP + Alfalfa Complex)

Jom kita tengok testimoni customer yang mengamalkan breastfeeding set Shaklee.


Testimoni 1: Anak menyusu bebas dari ruam setelah hampir 6bulan mencuba pelbagai cara baik dari segi sapuan krim, tukar pampers. Dan yang paling menarik susu untuk si manja juga mencurah-curah.






Testimoni 2: Tak perlu top up susu dengan susu formula.





Testimoni 3: Kulit bayinya juga makin cerah & gebu selepas beliau konsisten mengamalkan ESP. Badan belaiu juga kembali kepada bentuk asal selepas melahirkan baby.





Testimoni 4: Selepas pengambilan ESP+Alfalfa selama 2bulan, kulit ibu dan baby makin cantik, stok EBM juga bertambah.



Testimoni 5: Susu makin banyak & pekat. Ibu happy. Baby kenyang. 



Testimoni 6: Hasil tuaian, walaupun dah lewat petang tapi still dapat sebotol penuh. Alhamdulillah rezekii!!



Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:



Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com


Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE



Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 


Set Kesuburan Wanita & Lelaki

Kali ini saya ingin bercerita mengenai set kesuburan Shaklee. Ramai yang bertanya apakah supplement yang boleh membantu mereka untuk mendapatkan zuriat setelah lama mencuba? Sudah pasti saya mencadangkan mereka dengan supplement Shaklee kerana saya memang sudah jatuh hati dengan produk Shaklee. Weeeee...jom kita tengok sedikit info tentang set kesuburan Shaklee ini.


Mari saya terangkan sedikit mengenai supplement bagi membantu pasangan di luar sana yang sedang mencuba untuk hamil. Bagi set keburan wanita mengandungi ESP & GLA. Di bawah saya perincikan sedikit tentang kelebihan produk ini dalam membantu anda.


i) ESP - membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus meningkatkan tahap kesuburan serta peluang untuk hamil.

ii) GLA  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)



Bagi set kesuburan untuk kaum lelaki pula, saya mencadangkan anda untuk mencuba Zinc complesx, Vita-C dan juga Vita-E. Antara keistimewaan produk ini dalam membantu anda ialah:


i) Zinc Complex meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.


ii) Vita-C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

iii) Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.




Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Insya Allah..












Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:



Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 





Wednesday 27 March 2013

Seks ketika hamil

Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. 

Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan. 

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:

> Pendarahan;
> Sakit atau kekejangan abdomen;
> Pecah ketuban;
> Sejarah kelemahan serviks;
> Plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan. 





Tuesday 26 March 2013

Pengedar Shaklee





Selamat datang ke http://healthiandbeauti.blogspot.com/ .. Saya merupakan pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia. Shaklee ID 911885. Rajin-rajinlah menjenguk blog ini kerana saya akan sentiasa memaparkan pelbagai info menarik mengenai kesihatan, penyusuan, kehamilan dan kecantikan juga produk-produk Shaklee khusus untuk anda. Nantikan juga pelbagai tawaran menarik juga terbaik dari saya.





Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE


Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT


Monday 25 March 2013

Risiko Rotavirus

Punca badan hilang air akibat cirit-birit, muntah berpanjangan boleh bawa maut






JIKA anak anda mengalami cirit birit dan muntah tanpa henti, si kecil mungkin dijangkiti Rotavirus yang dikatakan membawa maut kepada dua kanak-kanak di Tapah, baru-baru ini. 
Begitupun, ibu bapa tidak perlu panik kerana tidak semua cirit birit dan muntah menjadi petanda bahawa anak mereka diserang virus berkenaan. 


Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan. - Dr Yong Junina Fadzil, perunding paediatrik.

Perunding paediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, berkata kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.

“Susah untuk mengenalpasti dengan tepat sama ada anak mereka terkena Rotavirus atau masalah kesihatan biasa kerana kadangkala keracunan makanan juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami gejala berkenaan, iaitu muntah dan cirit birit.

“Sehubungan itu jika anak mengalami cirit birit dan muntah berpanjangan berserta demam, ibu bapa perlu membawa anak mereka berjumpa doktor dengan segera bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan anak mereka mengalami keadaan itu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Baru-baru ini, dua bayi berusia dua dan 10 bulan di Hilir Perak dilaporkan meninggal dunia, manakala lebih 2,000 penduduk di dua daerah di Perak mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada Rotavirus yang disebarkan melalui air menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE). 
Setakat kelmarin, kes AGE dipercayai akibat Rotavirus di dua daerah di Perak terus meningkat apabila 251 lagi kes baru dilaporkan dengan 15 kes dimasukkan ke wad. Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 180 kes dikesan di Daerah Hilir Perak dan 71 kes di Daerah Batang Padang sehingga Selasa lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak 27 Januari lalu kepada 1,990 kes dan 1,078 di dua daerah berkenaan.

Namun apa sebenarnya kaitan AGE dengan Rotavirus? AGE atau inflamasi gaster dan usus, kata Dr Yong Junina, berlaku apabila jangkitan virus seperti Rotavirus menyebabkan pesakit muntah dan cirit-birit, sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan. 

Kadangkala, kehilangan cecair yang keterlaluan dan serius, terutama dalam kalangan bayi boleh menjadi punca kematian biarpun ia disifatkan sebagai kes terpencil. 

Bagaimanapun, Dr Yong Junina berkata, kematian yang berlaku bukan disebabkan Rotavirus sebaliknya mangsa maut akibat masalah dehidrasi dan tekanan darah dalam badan yang menurun dengan mendadak.

“Kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.

“Malah apabila tekanan darah dalam badan menurun, pelbagai komplikasi lain juga akan dialami antaranya buah pinggang tidak berfungsi dan seterusnya akan membawa maut kepada mereka yang dijangkiti,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa disaran supaya mendapatkan rawatan dengan segera sebaik mendapati anak mengalami ciri yang dinyatakan khususnya muntah dan cirit birit serius, bagi memastikan anak tidak mengalami dehidrasi.

Dr Yong Junina berkata, Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala serupa.

“Sekiranya individu dewasa yang mengalami keadaan ini, mereka pasti tahu mengendalikannya, tapi jika terkena kepada kanak-kanak, mereka tidak tahu untuk menyatakan kepada ibu bapa mengenai kesakitan dialami.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia boleh membawa maut. Jadi, apa yang perlu dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak mereka mendapat air yang mencukupi serta membawanya ke hospital,” katanya.

Ketika itu, kehadiran Rotavirus tidak boleh dikesan melalui mata kasar seperti melihat sampel najis atau warna muntah, sebaliknya ujian terhadap sampel najis atau makanan perlu diambil bagi mengenal pasti sama ada pesakit dijangkiti Rotavirus atau tidak.

“Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah.

“Pastikan juga ibu bapa membasuh tangan sebelum memegang makanan, jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan kanak-kanak lain mahupun adik beradik atau ibu bapa sendiri.

Pengambilan suntikan imunisasi pada usia enam bulan juga boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terkena jangkitan Rotavirus. Ada dua jenis suntikan iaitu yang boleh diambil dua dos ketika usia kanak-kanak seawal enam bulan, dan ada juga vaksin menawarkan tiga dos suntikan yang perlu diambil bertujuan merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi terhadap jangkitan rotavirus semula jadi.

Sehubungan itu, suntikan vaksin ini dilihat sebagai pertahanan diri untuk anak supaya mereka tidak terkena jangkitan Rotavirus apabila ia menyerang manusia. Kebersihan juga wajar diutamakan untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran bersih dan sihat.




Sumber:
Berita Harian - 16/02/2012


Friday 22 March 2013

Penjagaan bayi baru lahir







Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia  kembung atau muntah.

Tuesday 19 March 2013

Parut dan kesan jerawat hilang dengan Vitamin E SHAKLEE


Sebelum ni saya kongsikan kepada anda pengenalan tentang Vitamin E SHAKLEE, dan kali ini ingin saya ingin bercerita pula tentang kelebihan dan fungsi vitamin E dalam badan kita. 

Antara kelebihan Vitamin E SHAKLEE ialah :



1. Vitamin E membuatkan anda nampak muda kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.


2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama sel kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.


3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah ini.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik pulih luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple.  Kebanyakan ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu ibu untuk recover dari kesakitan yang dialami.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak. Perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation selepas kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecthmark juga akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk. Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan di saat pre-menstrual.

8. Bagi wanita yang mengalami kedinginan untuk bersama suami selepas bersalin. Anda disyorkan mengamalkan Vitamin E dan alfalfa. Vitamin E & alfalfa juga merupakan "vitamin cinta" bagi  mengatasi kedinginan isteri terhadap hubungan seks akibat perubahan hormon selepas bersalin dan menyusukan baby anda dimana alfalfa juga bertindak seperti "kacip fatimah".

Selamat mencuba.. 






Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329


Email : anakibuhebat@gmail.com


Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE


Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 








Vitamin E SHAKLEE


Hilangkan parut jerawat dengan Vitamin E SHAKLEE





Pasti ramai yang teragak-agak untuk memilih produk untuk menghilangkan parut ataupun bekas jerawat kan? Terlalu banyak produk baru di pasaran akhir-akhir ini yang boleh diumpamakan bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" muncul. Tak salah untuk anda mencuba tapi pastikan produk tersebut adalah selamat untuk kesihatan, kulit serta dalaman anda. Sedikit sebanyak mungkin anda juga turut terpengaruh dengan iklan-iklan yang sungguh menakjubkan disertai dengan testimoni yang menambahkan lagi keyakinan anda untuk mencuba. Saya juga akui kadangkala (sebelum mengenali produk SHAKLEE), turut terpengaruh dan akhirnya "terbeli" dan akhirnya tidak memberi kesan dan kadangkala menambahkan lagi parut yang sedia ada. Tetapi setelah saya mengenali produk SHAKLEE, dan mencuba Vitamin E saya akui sudah jatuh hati dengannya. Alhamdulillah, parut jerawat di muka saya semakin hari semakin nipis. Dan akhirnya hilang.


Untuk pengetahuan anda bermula September 2012, Vitamin E sudah diperbaharui atau dengan kata lainnya "improved formula" yang ditambah dengan ekstrak biji anggur. Tentu ramai yang ingin mengetahui kelebihan ekstrak biji anggur ni kan? Jom saya terangkan dengan lebih lanjut :

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


Dan anda tak perlu risau kerana harga Vitamin E ini tetap xberubah. Amazing kan kandungan dalam Vitamin E SHAKLEE yang terbaru ini. Jom cuba..







Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 




Monday 18 March 2013

Set Bersalin SHAKLEE

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan cahayamata pasti sedang tercari-cari set bersalin @ berpantang yang terbaik untuk anda juga untuk si manja anda bukan? Anda semestinya mahu sihat serta dapat memberikan yang terbaik dengan membekalkan titisan emas untuk si manja. Pengambilan supplement atau vitamin selepas bersalin adalah sangat penting bagi ibu-ibu masa kini. Ini adalah penting bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang semasa bersalin, membaikpulih luka, mengawal keguguran rambut serta menambah susu badan dalam usaha untuk memberikan yang terbaik untuk si manja. Juga amat penting untuk menstabilkan emosi ibu-ibu bagi mengelakkan dari terkena meroyan akibat terlalu letih serta penat menguruskan si manja yang baru ingin menyesuaikan diri dengan dunia luar. Semestinya kebanyakan si manja sering menangis dan sukar untuk tidur malam akibat perubahan daripada selesa berada di dalam perut ibu kepada persekitaran luar.


Jom tengok set bersalin SHAKLEE  yang terdiri daripada :

  1. Vitamin B-Complex dengan Asid Folik - membantu menstabilkan hormon badan ibu juga bertindak sebagai anti stress kerana stress dalam pantang boleh menyebabkan ibu mengalami gangguan emosi dan sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan terkena meroyan. Menambah tenaga ibu yang keletihan selepas bersalin.
  2. Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi - mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, leti, lesu, tidak bermaya dan tidak bertenaga. 
  3. Vitamin C - Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Selain itu ia juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana 1biji vitamin C SHAKLEE bersamaan dengan 7biji buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting untuk kecantikan kulit.
  4. Zinc Complex - Membantu dalam proses membaikpulih luka jahitan serta luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah rambut gugur selepas bersalin dan membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin. Pengambilan zinc oleh ibu yang menyusu juga menjamin bayi membesar dengan optimum.
Set bersalin @ berpantang

Bagi menambah dan melancarkn pengeluaran susu saya cadangkan anda untuk menambah ESP. Ia juga membantu memperbanyakkan serta memekatkan susu ibu. Selain itu ESP juga mengembalikan keanjalan payudara ibu dan membentuk semula sel-sel kulit baru.


Set bersalin @ berpantang dengan tambahan ESP




Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 






Set Kecantikan @ Skincare Set


Kulit anda kusam dan berjerawat?
Parut jerawat merisaukan anda?
Malu dengan parut jerawat anda?
Liang pori muka yang besar kesan parut jerawat? 
Kulit anda kelihatan tidak bermaya?
Dengan skincare basic set SHAKLEE + ESP anda tidak perlu gusar lagi...



::. Jom cuba set kecantikan Shaklee..ataupun lebih dikenali dengan skincare basic set. Set ini mengandungi Vitamin E Complex, Vitamin C dan juga B-Complex. Membantu anda mengurangkan jerawat dan juga parut bekas jerawat. Untuk lebih kesan amalkan bersama Energizing Soy Protein a.k.a ESP. ESP juga membantu anda untuk tampil lebih muda dari usia sebenar. Dengan kata lainnya menampakkan anda AWET MUDA!! .::



Skincare basic set mengandungi Vitamin E Complex, Vitamin C dan B-Complex
ESP untuk sentiasa tampil awet muda 


Di sini saya kongsikan sedikit kelebihan setiap produk dalam set ini :

  1. Vitamin E Complex - merupakan antioksidan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan yang bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
  2. Vitamin C - Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain dan ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan kulit oleh radikal bebas yang menjadi punca kepada kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan sebelum usia. Vitamin C juga bertindak melindungi serta memperbaiki kulit untuk tampil lebih muda.
  3. B-Complex - Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang saling melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu dalam mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-Complex juga bertindak mengawal stress. Jangan lupa bahawa stress merupakan salah satu faktor dan punca kepada masalah serius kulit berjerawat. 
  4. ESP - Energizing Soy Protein @ ESP membantu dalam menghasilkan sel kulit yang sihat bagi menggantikan sel kulit yang sudah mati serta turut membantu pertumbuhan sel kulit baru. Pengambilan ESP membantu dalam penyerapan vitamin lain dengan lebih cepat berbanding tanpa pengambilannya.




Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 




Saturday 16 March 2013

Set Kehamilan SHAKLEE





♥ Merupakan kombinasi Vita-Lea, B-complex, Vita-C dan OsteMatrix (Kalsium) serta Omega Guard. 

♥ Sesuai untuk ibu mengandung yang tidak boleh minum susu atau tidak 

mengambil supplemen kalsium lain.

♥ Pengguna set ini tidak perlu lagi mengamalkan Obimin kerana obimin boleh didapati dari Vita-Lea dan folat boleh didapati dari B-complex.


Berikut saya senaraikan kebaikan setiap supplement dalam set kehamilan SHAKLEE ini:

i) Vita-Lea dilengkapi dengan zat besi, folat, idone dan zink yang merupakan antara nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu mengandung dan ibu yang merancang untuk menyusukan anak. Merupakan multivitamin dan ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Vitalea kaya dengan iron, sangat bagus bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah mudah pitam dan pening serta mempunyai masalah anemia kerana vitalea membantu "maintain" HB anda. Anemia adalah sangat berbahaya kepada ibu serta bayi anda bila bersalin kelak.

ii)
B-complex SHAKLEE sangat unik kerana mengandungi asid folik dan 8 kumpulan Vitamin B. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu ibu serta mengurangkan kelesuan dan stress di kalangan ibu mengandung. Adalah sangat penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehingga tempoh awal mengandung kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

iii)
Vita-C membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan diperlukan untuk pembentukan kolagen (elemen penting dalam pembentukan salur darah). Ia juga membantu dalam penghadaman zat serta meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh contohnya menghalang daripada terkena selsema. 1biji vitamin C SHAKLEE bersamaan dengan 7biji oren. Mampukah kita untuk makan 7biji oren dalam sehari?

iv)
OsteMatrix (kalsium) membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi dlm kandungan, membantu mengekalkan tekanan darah yang normal bagi ibu, membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf dan membantu mengurangkan kekejangan serta kemurungan sepanjang kehamilan.

v)
Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi t'masuklah EPA, DHA & ALA. Sangat bagus untuk ibu hamil bagi membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dlm kandungan.









Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 






Set Slimming Breastfeeding

Bentuk badan berubah selepas bersalin??

Anda tak boleh kurus kerana breastfeed??

Suami complain badan anda gemuk selepas bersalin??

Risau dengan teguran suami dan dalam masa yg sama anda juga mahu memberikan yang terbaik untuk si manja anda bukan??


Menyusu tapi nak kembali langsing.. Set Slimming Breastfeeding.. Berat badan turun + Susu mencurah-curah..

Dengan set penyusuan Shaklee anda tidak perlu gusar lagi dengan semua persoalan di atas dan anda juga mampu kembali kepada bentuk badan asal!!

Jom cuba slimming set for breastfeeding yang mengandungi milkbooster terhebat iaitu ESP dan alfalfa serta lecithin yang bertindak membakar lemak dalam  badan. Anda tak perlu risau kerana susu anda juga pasti meriah dengan milkbooster dalam set ini.







Kekal langsing selepas berpantang dengan Set Slimming Breastfeeding

Jom tengok testimoni set slimming breastfeeding di sini


Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT