Friday 29 August 2014

Panduan elak sembelit

Individu yang sihat biasanya akan membuang air besar satu hingga dua kali sehari. Tetapi bagaimana pula jika anda membuang air besar kurang daripada jumlah itu?


YAAA..ANDA MENGHADAPI MASALAH SEMBELIT!!

Jangan biarkan dan abaikan masalah ini kerana sekiranya ianya berlarutan ia akan membawa kepada masalah yang lagi besar iaitu BUASIR!!

Mari saya kongsikan tips dan panduan bagi mengelak SEMBELIT dari berulang..

1. Jaga diet
✎ Banyakkan pengambilan makanan yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang sememangnya kaya dengan kandungan serat.

2. Minum air 3L sehari
✎ Banyakkan minum air iaitu melebihi 2L sehari dan sebolehnya 3L sehari. Minum apabila terasa dahaga selain daripada melihat kepada petunjuk air kencing melalui kepekatan air kencing. Jika kuningnya terlalu pekat, maka minum lebih banyak air.

3. Ubah gaya hidup
✎ Bagi anda yang kurang gemar bersenam, cuba sedikit demi sedikit untuk mula bersenam. Mulakan dengan senaman ringan dahulu dan mula praktikkan secara teratur. Di sebalik mengurangkan tekanan yang dialami senaman berupaya meningkatkan tahap metabolisme badan anda. Apabila hal ini terjadi, proses peristalsis menjadi pantas lalu memudahkan anda membuang najis dengan mudah.

4. Wujudkan tandas yang selesa
✎ Sekiranya anda terasa hendak membuang air besar, segerakan. Jangan biasakan diri anda untuk menahan diri daripada membuang air besar. Ada kemungkinan ianya berpunca daripada persekitaran tandas yang tidak selesa. Jadi pastikan persekitaran tandas adalah bersih, berbau segar, tiada gangguan dan lain-lain.

5. Penggunaan ubat hanya atas nasihat doktor
✎ Penggunaan ubat laksatif cuma boleh diambil setelah anda mendapat pemeriksaan dan pandangan doktor.

6. Pelembut najis
✎ Jika masalah sembelit yang dialami berterusan anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan doktor. Biasanya doktor akan memberikan sejenis ubat yang dapat membantu anda melembutkan najis seterusnya memudahkan anda untuk membuang air besar.



Selain itu anda juga boleh mencuba supplement dari Shaklee iaitu HERB-LAX bagi mereka yang sememangnya sering menghadapi masalah ini.



Herb-lax - didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.


Manfaat utama Herb-Lax:

1. Pembersihan najis yg tersekat
2. Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan scra lembut
3. Membantu mslh sembelit
4. Mengempiskan perut.
5. Tindakan pembersihannya yg lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)



===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN
☑ TERBUKTI BERKESAN

Thursday 28 August 2014

Persediaan dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu

Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya ia perlu dipelajari. Pasti ramai ibu-ibu yang sejak hamil lagi mengimpikan untuk menyusukan bayi mereka. Tapi tidak semua yang berjaya. Di manakah silapnya?

Saya kongsikan 10 persediaan dalam menjayakan penyusuan susu ibu untuk si manja anda..


1. Niat dan azam

✫ Kedua-dua aspek ini adalah amat penting dalam membantu misi anda dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Niat dan azam yang teguh tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran insya Allah dapat diatasi jika anda mengutamakan niat dan azam berbanding cabaran yang mendatang.


2. Cari maklumat dan info berkaitan penyusuan

✫ Sepanjang anda hamil, dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan ilmu berkaitan penyusuan supaya anda dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Salah satu konsep asa yang perlu anda tahu ialah semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Anda boleh mencari maklumat dari pelbagai sumber contohnya buku, majalah, laman web, blog, forum, group-group ibu menyusu dalam Facebook, ibu-ibu yang berpengalaman atau pun berbincang dengan kaunselor laktasi yang bertauliah.

3. Amalan pemakanan yang sihat
✫ Pemakanan yan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalm kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang selikan waktu makan dengan mengambil snek yang berkhasiat seperti kurma, badam, dan juga kismis. Dalam masa yang sama pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain-lain dalam kadar yang seimbang.


4. Kelas penyusuan susu ibu

✫ Anda mengambil langkah yang sangat bijak sekiranya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan sama ada di hospital atau klinik kerajaan yang biasanya diadakan secara percuma. Biasanya klinik kesihatan akan menjemput anda untuk hadir ke kelas penyusuan pada kali pertama anda membuat buku pink untuk ibu mengandung. Kelas ini sedikit sebanyak memang membantu terutama sekali bagi mereka yang hamil anak pertama. Selain daripada itu anda boleh menghadiri kelas berbayar yang diadakan oleh kaunselor2 laktasi yang bertauliah. Seeloknya hadiri kelas penyusuan bersama suami kerana mereka merupakan tulang belakang kita dalam menjayakan misi penyusuan. Orang yang diharapkan akan memberikan semangat dan support di saat-saat pelbagai cabaran datang sepanjang tempoh penyusuan.


5. Hospital bersalin pilihan

✫ Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Antara contoh Hospital Rakan Bayi ialah Hospital Sungai Buloh, Selangor.

6. Dapatkan sokongan dari suami dan ahli keluarga
✫ Berkongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Dan jangan lupakan nyatakan hasrat anda untuk mendapat sokongan moral daripada mereka. Sama-sama menimba ilmu dan pengetahuan dalam melengkapkan ilmu tentang penyusuan susu ibu. 


7. Kelengkapan penyusuan susu ibu

✫ Dalam menjayakan misi penyusuan, anda seharusnya melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda melancarkan misi penyusuan. Contohnya coli penyusuan, pelapik payu dara, nursing cover dan lain-lain. Bagi yang bekerja pula, anda perlu menyediakan pam payudara, bekas penyusuan susu ibu sama ada botol atau bekas plastik, beg pendingin, pek ais, beg pendingin, peti sejuk dan sebagainya.


8. Kebersihan puting

✫ Pada trimester terakhir kehamilan iaitu trimester ketiga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membersihkan puting payu dara anda. Setiap kali mandi, cuci puting dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam terlebih dahulu. Elakkan penggunaan sabun. Ini bertujuan untuk mengelakkan puting dari tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama kali sejurus selepas anda melahirkan bayi nanti. Pada masa yang sama anda juga digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut.


9. Kenali payudara anda

✫ Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika is tenggelam, anda boleh mengambil langkah dari awal lagi bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi mengenalpasti jenis payudara anda adalah tenggelam atau normal, apa yang perlu anda lakukan ialah menekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan kemudian lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu bererti payu dara anda dalah jenis normal. Sebaliknya jika tiada apa-apa perubahan selepas sekian lama menunggu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.

10. Yakin pada diri sendiri
✫ Sikap positif dan yakin sangat penting dalam memastikan usaha menjayakan misi penyusuan susu ibu. Sentiasa yakin dan percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu untuk menyusukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan sehingga mencapai umur 2tahun. Usah hiraukan kata-kata negatif dan anasir-anasir negatif dari luar yang akan mengganggu misi anda. Yang harus anda ingat ialah konsep " Lebih kerap si manja disusukan atau lebih kerap sesi perahan susu maka lebih banyak susu ibu dihasilkan" Jadi, susukan bayi anda sekerap mungkin sejurus selepas kelahirannya. Jangan cepat melatah mengatakan bahawa susu anda tiada, tidak keluar dan sebaganinya kerana anda perlu faham dan tahu yang pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang akan keluar. Sekiranya susu anda tetap juga tidak keluar, anda digalakkan untuk berurut bagi melancarkan proses pengeluaran susu. Atau anda boleh menekap payudara dengan kain yg direndam dalam air suam dan menyikat secara lembut kedua-dua belah payudara anda menggunakan sikat rambut secara perlahan-lahan.



P/S : Semoga tips ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda dalam menjayakan misi penyusuan. Heppy breastfeeding!! Caiyok2!!


===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN
☑ TERBUKTI BERKESAN

Wednesday 20 August 2014

Pantang Larang dan Tips Semasa Pengambilan Supplement Shaklee

Assalamualaikum semua.. 

Hari ni saya nak kongsikan sedikit pantang larang dan juga tips dalam pengambilan supplement Shaklee. Jangan main telan je ye. Tapi jangan risau pantang larang ini simple tetapi sangat penting untuk anda amalkan bagi mendapatkan kesan yang maksimum kepada kesihatan anda.





1. Alfalfa Complex TIDAK BOLEH DIAMBIL bersama Vitamin E Complex dan GLA Complex kerana kandungan Vitamin E boleh mengganggu penyerapan Alfalfa dalam badan. Untuk pengetahuan anda, GLA Complex juga mengandungi Vitamin E ye.

2. Vitalea mengandungi ZAT BESI dan seeloknya TIDAK DIAMBIL bersama produk tenusu atau minuman bersusu dan juga OSTEMATRIX. Ini kerana kalsium akan menghalang penyerapan iron atau zat besi.

3.  Elakkan minuman bercaffein semasa mengambil vitamin kerana caffein akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

4. Pesakit Talasemia TIDAK BOLEH mengambil VITALEA kerana vitalea mengandungi iron.

5. Ibu mengandung TIDAK BOLEH mengambil Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

6. Ibu Menyusu TIDAK BOLEH mengambil Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.







1. Pengambilan protein seperti ESP dan CINCH SHAKE seeloknya di ambil pada WAKTU PAGI semasa perut kosong kerana kadar metabolisme kita tinggi pada waktu pagi.

2. OSTEMATRIX digalakkan untuk diambal pada WAKTU MALAM sebelum tidur untuk membantu penyerapan kalsium dalam badan semasa tidur.

3. VITALEA digalakkan diambil bersama VITAMIN C kerana zat besi di dalam Vitalea memerlukan Vitamin C supaya nutrisinya lebih mudah diserap oleh badan.

4. Sekiranya anda DEMAM atau SELSEMA, anda DIGALAKKAN mematahkan VITAMIN C semasa pengambilan untuk menggalakkan penyerapan yang lebih baik kepada sistem badan.




Semoga tips ini juga boleh membantu anda dalam pengambilan Shaklee yang betul dan memberi kesan yang positif kepada kesihatan anda dan juga keluarga 


===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN
☑ TERBUKTI BERKESAN

Thursday 14 August 2014

Ketahui punca susu ibu berkurang dan tips meningkatkan kembali pengeluaran susu ibu

KENAPA SUSU IBU KURANG??

Untuk menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama memang menuntut kesabaran yang tinggi dan usaha dan doa yang tidak putus-putus. Adakah betul bahawa susu anda tidak cukup? Jika ya,jom kita tengok checklist di bawah, mengapa susu anda semakin berkurang..

1. Pam berkeadaan baik atau tidak?? 
Pastikan berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik.

2. Rutin mengepam konsisten atau tidak?? 
penghasilan susu berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.
pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.

3. Bayi anda sudah mula makan makanan pejal?? 
Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mommy, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. 

4. Anda mengambil pil perancang?? 
Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu tau. Dapatkan pandangan doktor anda kerkenaan pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susu ibu. Sebagai contoh, saya mengambil pil perancang jenis Noriday dan Alhamdulillah tidak mengganggu pengeluaran susu ibu.

5. Datang period?? 
Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period. pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya membantu masalah kemeruduman susu semasa period. jika susu merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap mlm

6. Anda hamil?? 
mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet? 
Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu...Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Adakah anda mendapat rehat yang mencukupi?? Adakah anda stress??
Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Adakah anda sakit?
Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.




TIPS MENINGKATKAN KEMBALI PENGELUARAN SUSU IBU

Senarai di atas adalah antara punca-punca susu ibu berkurang. Jadi, macam mana nak cara untuk naikkan pengeluaran susu kembali? Di sini saya sertakan sedikit tips untuk anda. Semoga membantu!!

1. Menyusu secara direct dengan lebih kerap


2. Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.


3. Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.


4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.


5. Buat urutan payudara dan breast compression.


6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.


7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Cuba amalkan tips-tips di atas. Sesungguhnya..sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara exclusive.




Anda memerlukan supplement untuk menambah pengeluaran susu? Ingin dapatkan tips-tips penyusuan? Boleh hubungi saya melalui FB Norhidayah Che Man

===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN

☑ TERBUKTI BERKESAN