Friday 23 August 2013

Tips Mengurangkan Morning Sickness di Awal Kehamilan

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
Morning sickness biasanya menyerang di awal kehamilan ataupun pada trimester pertama iaitu sepanjang 3 bulan yang pertama. Setiap orang akan mengalami situasi morning sickness yang berbeza. Ada yang sekadar mual-mual dan ada yang terpaksa menghadapi saat-saat yang paling sukar pada awal kehamilan sehinggakan tidak mampu bangun dan makan kerana setiap kali lepas makan, semuanya akan keluar balik seolah-olah tekak tidak mampu langsung untuk menerima makanan. Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda:
1. Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

2. Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

3. Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

4. Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

5. Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

6. Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

7. Elakkan daripada makan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

8. Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

9. Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
10. Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

11. Selain itu anda juga boleh mengambil supplement bagi membantu mengurangkan rasa loya dan muntah



Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, berikut adalah cadangan set vitamin @ supplement untuk keperluan tubuh anda dan anak anda di dalam kandungan:

Set J1

  • sesuai untuk mereka yang hamil pada trimester pertama (bulan 1-3)
  • mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix (Eu Four Set)


Set J2

  • sesuai untuk mereka yang hamil pada trimester kedua dan ketiga
  • Eu Four Set dengan tambahan Omega Guard

Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT



No comments:

Post a Comment