Friday 13 June 2014

Bayi dan Jaundis

Apakah Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.


Apakah yang menyebabkan jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walaubagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. keadaan inilah yang menyebabkan jaundis di kalangan bayi yang baru lahir.


Bayi yang sering mendapat jaundis

❋ Bayi pramatang
❋ Bayi yang mengalami infeksi
❋ Bayi kekurangan G6PD
❋ Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya:
     i) Ibu mengalami Rhesus Negatic (-ve)
    ii) Ibu dari kumpulan darah jenis O


Adakah jaundis merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian otak.


Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?

❋ Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan
❋ Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
❋ Kurang aktif, tidak sihat atau demam
❋ Enggan menyusu
❋ Mengalami kekejangan
❋ Jaundis berterusan melebihi 14hari
❋ Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh


Apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?

❋ Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
❋ Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
❋ Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
❋ Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu







No comments:

Post a Comment