Friday 13 June 2014

Penyusuan Susu Ibu yang Terbaik buat Anda & Bayi

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Susu ibu adalah dari sumber yang bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu pertama atau lebih dikenali sebagai kolostrum mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas dilahirkan. Anda juga perlu memastikan pengambilan pemakanan secra sihat semasa hamil dan selepas bersalin untuk kebaikan kedua-dua ibu dan juga bayi.


Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu

❋ Ia membantu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
❋ Melewatkan kedatangan haid dan membantu menjarakkan kehamilan untuk 6bulan pertama
❋ Membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan dapat mengembalikan bentuk badan asal
❋ Penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari
❋ Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko keretakan tulang pinggul apabila meningkat usia


Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi

❋ Susu ibu mengandungi zat yang lengkap, mudah dihadam dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangan bayi
❋ Susu ibu dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti jangkitan usus, cirit birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing
❋ Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
❋ Susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan dan keadaan seperti diabetis di kalangan bayi
❋ Susu ibu melancarkan sistem badan yang membantu mengawal tekanan darahdan mengurangkan risiko obesity di kalangan kanak-kanak pada masa akan datang
❋ Susu ibu juga mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin boleh berlaku dalam kaedah penyusuan lain
❋ Susu ibu dapat diberikan terus kepada bayi pada bila-bila masa tanpa sebarang persediaan bancuhan
❋ Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi





Jadi saya sarankan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat terutama sekali sepanjang kehamilan kerana pemakanan semasa hamil juga mempengaruhi penyusuan selepas bersalin. Shaklee juga menyediakan supplement untuk membantu anda dalam menyokong penyusuan susu ibu. Alhamdulillah dengan bantuan supplement Shaklee saya mampu menyusukan anak saya secara eksklusif.

Inginkan konsultasi mengenai Set Penyusuan Shaklee? Boleh hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda.



===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN
☑ TERBUKTI BERKESAN





No comments:

Post a Comment