Tuesday 13 January 2015

Persediaan ibu berkerjaya dalam menjayakan misi penyusuan

Anda ibu bekerja? Jangan jadikan alasan BEKERJA untuk tidak menyusukan simanja anda. Anak-anak berhak mendapat hak mereka iaitu susu ibu. Susu terbaik bagi anak-anak anda semestinya SUSU IBU!!

Dewasa ini memang tidak mustahil bagi ibu-ibu yang bekerjaya berjaya memenuhi tempoh penyusuan ekslusif selama 2 tahun atau mungkin lebih dari itu. Pelbagai kemudahan dan teknologi masa kini yang membantu ibu-ibu bekerja dalam meneruskan misi penyusuan mereka salah satunya adalah PAM SUSU.

Di samping itu, ibu-ibu juga perlu menyediakan diri mereka dalam usaha untuk menjalani tempoh penyusuan iaitu mendalami ilmu-ilmu penyusuan, cara dan masa yang sesuai untuk mengepam, cara penyimpanan susu, dan banyak lagi. Ibu-ibu boleh mendapatkan maklumat berkenaan penyusuan susu ibu melalui media sosial seperti group fb, kelas-kelas penyusuan dan juga buku-buku dan juga carian melalui internet dan sebagainya.


i) Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pemilihan pam yang berkualiti sangat penting terutama sekali bagi ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. 

ii) Membuat stok susu

Ibu-ibu sepatutnya perlu bersedia dari awal untuk membuat stok bagi simanja anda. Seeloknya seawal 2minggu selepas bersalin ibu-ibu sudah boleh mula mengumpul stok ebm. Kerana dalam tempoh pantang merupakan masa yang paling sesuai kerana pada ketika itulah susu memang terhasil dengan banyak sekali.

Tempoh ini juga memang sangat sesuai bagi kita untuk merangsang penghasilan susu.

iii) Gunakan masa sebaik mungkin

Setelah menjadi ibu masa memang sangat terhad, sebab itulah kita harus menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Tambah-tambah bagi ibu yang bekerja seperti juga saya. Jadual mengepam kena konsisten. Seeloknya pam susu setiap 3jam. Yeee, setiap 3jam.

Sekiranya bayi telah selesai menyusu dan breast anda masih terasa bengkak, cepat-cepat pam susu yang masih lagi ada bagi memberi ruang kepada penghasilan susu baru. Kosongkan breast sekerap mungkin. Kerana apabila breast kosong, isyarat akan menghantar signal ke otak untuk breast mem"produce" susu baru. 

Selain itu, anda juga digalakkkan mengepam pada waktu malam kerana penghasilan susu sangat aktif pada waktu itu. Cuma ibu perlu korbankan waktu tidur anda. Demi simanja tersayang :)


iv) Penyimpanan ebm

Ibu-ibu boleh menyimpan stok ebm di dalam storage bottles ataupun storage bags mengikut kesesuaian dan kesenangan dalam penyimpanan. Bagi saya menggunakan storage bag lebih efisien dalam proses penyimpanan stok. Kerana cara ini mampu menjimatkan ruang lebih banyak compare dengan menggunakan botol.


v) Label

Melabelkan setiap sesi perahan dengan "tarikh" dan "masa" susu dipam. Ini adalah untuk memudahkan ibu dalam menyimpan stok dan retrieve stok yg paling awal dahulu. Simpan EBM yang baru diperah di bahagian dalam peti sejuk. Keluarkan dahulu EBM yang terdahulu diperah. Tetapi ingat- jangan semata-mata beri bayi anda EBM yang lama kerana zat di dalamnya tidak sama dengan EBM yang baru diperah.

Contoh: 

Andaikan bayi anda minum 5 kali dengan setiap kali susu = 2oz ketika bersama-sama pengasuh 
EBM yang diperolehi semasa di pejabat = 8oz (4 bekas dengan 2 oz setiapnya). 
Simpan 2 bekas EBM di bahagian peti sejuk biasa untuk kegunaan esok,dan 2 lagi dibahagian beku. 
Ambil baki 3 bekas lagi dari EBM beku terdahulu untuk menjadikannya 5 bekas EBM bagi bayi anda esok hari.





No comments:

Post a Comment