Thursday 24 October 2013

Resdung : Gejala, Kemudharatan & Cara Mengatasi

Apa itu resdung??
Resdung atau sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.


Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelemumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Antara kuman yang menjadi punca resdung ialah:


* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PETUA MENCEGAH RESDUNG

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani.
  
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  
5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak sekurang-kurangya 3L sehari. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), elakkan diri anda drp memakannya. 

    ✦

Selain drp tips di atas, anda juga sebaiknya mengamalkan pengambilan supplement bg mengurangkan masalah resdung anda. Kami menyediakan set resdung bagi membantu anda mengatasi masalah ini. Insya Allah ianya membantu. Set Resdung Shaklee terdiri drp B-Complex, Alfalfa Complex & Vitamin C. Bagaimana ia membantu anda dlm mengatasi mslh resdung??

i) B-complex - membantu meredakan alahan.
ii) Alfalfa Complex - membantu memperbaiki keadaan kulit & hidung sensitif.
iii) Vitamin C - membantu mencegah ellergi hidung, kulit & asma. Selain itu Vitamin C juga bertindak sbg antioksida yg membantu anda mengelak drp demam, selsema dan batuk.


Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:
Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT

No comments:

Post a Comment