Thursday 14 August 2014

Ketahui punca susu ibu berkurang dan tips meningkatkan kembali pengeluaran susu ibu

KENAPA SUSU IBU KURANG??

Untuk menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama memang menuntut kesabaran yang tinggi dan usaha dan doa yang tidak putus-putus. Adakah betul bahawa susu anda tidak cukup? Jika ya,jom kita tengok checklist di bawah, mengapa susu anda semakin berkurang..

1. Pam berkeadaan baik atau tidak?? 
Pastikan berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik.

2. Rutin mengepam konsisten atau tidak?? 
penghasilan susu berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.
pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.

3. Bayi anda sudah mula makan makanan pejal?? 
Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mommy, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. 

4. Anda mengambil pil perancang?? 
Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu tau. Dapatkan pandangan doktor anda kerkenaan pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susu ibu. Sebagai contoh, saya mengambil pil perancang jenis Noriday dan Alhamdulillah tidak mengganggu pengeluaran susu ibu.

5. Datang period?? 
Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period. pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya membantu masalah kemeruduman susu semasa period. jika susu merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap mlm

6. Anda hamil?? 
mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet? 
Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu...Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Adakah anda mendapat rehat yang mencukupi?? Adakah anda stress??
Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Adakah anda sakit?
Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.




TIPS MENINGKATKAN KEMBALI PENGELUARAN SUSU IBU

Senarai di atas adalah antara punca-punca susu ibu berkurang. Jadi, macam mana nak cara untuk naikkan pengeluaran susu kembali? Di sini saya sertakan sedikit tips untuk anda. Semoga membantu!!

1. Menyusu secara direct dengan lebih kerap


2. Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.


3. Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.


4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.


5. Buat urutan payudara dan breast compression.


6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.


7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Cuba amalkan tips-tips di atas. Sesungguhnya..sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara exclusive.




Anda memerlukan supplement untuk menambah pengeluaran susu? Ingin dapatkan tips-tips penyusuan? Boleh hubungi saya melalui FB Norhidayah Che Man

===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN

☑ TERBUKTI BERKESAN



No comments:

Post a Comment