Thursday 28 August 2014

Persediaan dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu

Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya ia perlu dipelajari. Pasti ramai ibu-ibu yang sejak hamil lagi mengimpikan untuk menyusukan bayi mereka. Tapi tidak semua yang berjaya. Di manakah silapnya?

Saya kongsikan 10 persediaan dalam menjayakan penyusuan susu ibu untuk si manja anda..


1. Niat dan azam

✫ Kedua-dua aspek ini adalah amat penting dalam membantu misi anda dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Niat dan azam yang teguh tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran insya Allah dapat diatasi jika anda mengutamakan niat dan azam berbanding cabaran yang mendatang.


2. Cari maklumat dan info berkaitan penyusuan

✫ Sepanjang anda hamil, dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan ilmu berkaitan penyusuan supaya anda dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Salah satu konsep asa yang perlu anda tahu ialah semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Anda boleh mencari maklumat dari pelbagai sumber contohnya buku, majalah, laman web, blog, forum, group-group ibu menyusu dalam Facebook, ibu-ibu yang berpengalaman atau pun berbincang dengan kaunselor laktasi yang bertauliah.

3. Amalan pemakanan yang sihat
✫ Pemakanan yan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalm kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang selikan waktu makan dengan mengambil snek yang berkhasiat seperti kurma, badam, dan juga kismis. Dalam masa yang sama pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain-lain dalam kadar yang seimbang.


4. Kelas penyusuan susu ibu

✫ Anda mengambil langkah yang sangat bijak sekiranya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan sama ada di hospital atau klinik kerajaan yang biasanya diadakan secara percuma. Biasanya klinik kesihatan akan menjemput anda untuk hadir ke kelas penyusuan pada kali pertama anda membuat buku pink untuk ibu mengandung. Kelas ini sedikit sebanyak memang membantu terutama sekali bagi mereka yang hamil anak pertama. Selain daripada itu anda boleh menghadiri kelas berbayar yang diadakan oleh kaunselor2 laktasi yang bertauliah. Seeloknya hadiri kelas penyusuan bersama suami kerana mereka merupakan tulang belakang kita dalam menjayakan misi penyusuan. Orang yang diharapkan akan memberikan semangat dan support di saat-saat pelbagai cabaran datang sepanjang tempoh penyusuan.


5. Hospital bersalin pilihan

✫ Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Antara contoh Hospital Rakan Bayi ialah Hospital Sungai Buloh, Selangor.

6. Dapatkan sokongan dari suami dan ahli keluarga
✫ Berkongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Dan jangan lupakan nyatakan hasrat anda untuk mendapat sokongan moral daripada mereka. Sama-sama menimba ilmu dan pengetahuan dalam melengkapkan ilmu tentang penyusuan susu ibu. 


7. Kelengkapan penyusuan susu ibu

✫ Dalam menjayakan misi penyusuan, anda seharusnya melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda melancarkan misi penyusuan. Contohnya coli penyusuan, pelapik payu dara, nursing cover dan lain-lain. Bagi yang bekerja pula, anda perlu menyediakan pam payudara, bekas penyusuan susu ibu sama ada botol atau bekas plastik, beg pendingin, pek ais, beg pendingin, peti sejuk dan sebagainya.


8. Kebersihan puting

✫ Pada trimester terakhir kehamilan iaitu trimester ketiga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membersihkan puting payu dara anda. Setiap kali mandi, cuci puting dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam terlebih dahulu. Elakkan penggunaan sabun. Ini bertujuan untuk mengelakkan puting dari tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama kali sejurus selepas anda melahirkan bayi nanti. Pada masa yang sama anda juga digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut.


9. Kenali payudara anda

✫ Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika is tenggelam, anda boleh mengambil langkah dari awal lagi bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi mengenalpasti jenis payudara anda adalah tenggelam atau normal, apa yang perlu anda lakukan ialah menekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan kemudian lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu bererti payu dara anda dalah jenis normal. Sebaliknya jika tiada apa-apa perubahan selepas sekian lama menunggu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.

10. Yakin pada diri sendiri
✫ Sikap positif dan yakin sangat penting dalam memastikan usaha menjayakan misi penyusuan susu ibu. Sentiasa yakin dan percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu untuk menyusukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan sehingga mencapai umur 2tahun. Usah hiraukan kata-kata negatif dan anasir-anasir negatif dari luar yang akan mengganggu misi anda. Yang harus anda ingat ialah konsep " Lebih kerap si manja disusukan atau lebih kerap sesi perahan susu maka lebih banyak susu ibu dihasilkan" Jadi, susukan bayi anda sekerap mungkin sejurus selepas kelahirannya. Jangan cepat melatah mengatakan bahawa susu anda tiada, tidak keluar dan sebaganinya kerana anda perlu faham dan tahu yang pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang akan keluar. Sekiranya susu anda tetap juga tidak keluar, anda digalakkan untuk berurut bagi melancarkan proses pengeluaran susu. Atau anda boleh menekap payudara dengan kain yg direndam dalam air suam dan menyikat secara lembut kedua-dua belah payudara anda menggunakan sikat rambut secara perlahan-lahan.



P/S : Semoga tips ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda dalam menjayakan misi penyusuan. Heppy breastfeeding!! Caiyok2!!


===========================================
Berminat & ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? Hubungi :
☞ Norhidayah Che Man (SID : 911885)
☞ Call/SMS/Whatsapp : 017-9120329
☞ Fanpage : Healthcare Shoppe

===========================================

Jangan risau dan ragu2 kerana SHAKLEE :
☑ DIJAMIN HALAL
☑ MENDAPAT KELULUSAN KKM
☑ PRODUK SEMULAJADI
☑ TIADA KESAN SAMPINGAN
☑ TERBUKTI BERKESAN

No comments:

Post a Comment