Monday 22 April 2013

Atasi Keputihan Wanita dengan Alfalfa


Permasalah keputihan merupakan permasalahan klasik pada kebanyakan kaum wanita. Ironinya kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang keputihan dan penyebab keputihan pada wanita itu sendiri dan malah yang menjadikan keputihan sebagai hal yang remeh. Kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar kandungan) merupakan salah satu akibat dari adanya keputihan, selain itu gejala awal kanser rahim biasanya dimulai dengan adanya keputihan.




Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa. Jangan sesekali beranggapan sedemikian. 


Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.

Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu

Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan

Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning

Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.




Testimoni 1:

Alfalfa dpt membantu anda mengurangkan seterusnya mengatasi masalah keputihan. Jom tengok testimoni customer mengenai Alfalfa yang membantu mengurangkan masalah keputihan beliau.





Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:


Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com


Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya dan mendapatkan info berkaitan produk SHAKLEE

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 




No comments:

Post a Comment