Thursday 4 April 2013

Bahaya GARAM Kepada Bayi



Garam diperlukan agar sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Justeru, sedikit garam adalah penting dalam menu diet kita sehari-hari.

Tetapi, keperluan garam bagi seorang bayi adalah SANGAT SEDIKIT iaitu kurang dari 1 gram sehari (bagi bayi yang berusia bawah 12 bulan). Dan keperluan ini boleh diperolehi dari sumber susu ibu atau pun formula.

Ini kerana, buah pinggang bayi masih tidak matang dan belum lagi bersedia untuk menerima jumlah garam yang berlebihan dan ianya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius!

Malah terdapat kes-kes tertentu pengambilan garam yang berlebihan telah membahayakan nyawa bayi sehingga membawa kepada maut.

Di samping itu, melalui kajian yang dijalankan, bayi yang diberi makanan yang mengandungi kandungan garam yang berlebihan akan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi apabila dewasa kelak.




Kenapa bayi berumur setahun kebawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?
  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)






No comments:

Post a Comment