Saturday 16 March 2013

Nutrien terbaik bagi ibu hamil

Kali ini saya ingin kongsikan 8 nutrien terbaik bagi ibu hamil. Setiap ibu hamil perlu menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrien atau khasiat pemakanan turut meningkat. Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan janin dalam kandungan.


  1. Protein - sangat besar peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah. Boleh diperoleh daripada daging, ikan, telur dan kekacang.
  2. Karbohidrat dan lemak - Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan badan tidak mudah penat.
  3. Kalsium - Ketika hamil, kalsium memang penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang anda. Makanan yang banyak mengandungi kalsium ialah sayur-syuran hijau dan kekacang. Saat ini, kalsium paling baik diperoleh daripada susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 serta vitamin C.
  4. Zat besi - Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah. Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia. Terdapat pada sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
  5. Asid folik - Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami risiko keguguran ataupun kerosakan pada janin.
  6. Vitamin B kompleks - Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperoleh daripada biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, telur dan produk susu.
  7. Vitamin D - Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.
  8. Vitamin E - Ia berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. Makanlah biji-bijian terutamanya gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur-sayuran hijau.




Di sini juga ingin saya kongsikan supplement untuk ibu hamil. Hanya yang terbaik dari SHAKLEE..

Untuk trimester pertama anda boleh consume B-complex, Vitalea, Ostematrix & Vit C. Manakala bagi trimester kedua saya cadangkan anda untuk menambah Omega Guard bagi membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Selamat mencuba..







Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 0179120329

Email : anakibuhebat@gmail.com

Add fb saya Norhidayah Che Man untuk chatting dengan saya

Klik like di Fanpage saya Healthcare-Shoppe untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT 





No comments:

Post a Comment