Wednesday 13 March 2013

Rawat bengkak susu

Uncang teh

Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami selepas memberi susu badan kepada si manja anda. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.



Mengepam susu badan


Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung(direct feeding), ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan dalam mengurangkan rasa sakit akibat bengkak susu pada payudara ibu.



Tuam


Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain @ pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.



Tip elak bengkak susu

  • Pemilihan coli penyusuan sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
  • Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama dan konsisten setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah anda mengepam mengikut waktu penyusuan anda.
  • Bayi perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
  • Semasa si manja anda sedang menyusu, ibu boleh mengurut payudara anda perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
  • Jika kesakitan yang dialami agak kuat, ibu disarankan supaya mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol.

Rawatan alternatif

Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu ibu-ibu dalam menangani masalah bengkak susu ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

  1. Therapy gel pads - Safety Plus

Produk pelbagai guna ini boleh  juga digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara. Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk @ panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.


  
    2. Jingle Jungle Reusable Warm/Cold Relief Pack

Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.



    3. Feme pad Natural Pain Relief Gel Pads

Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan @ rasa tidak selesa pada payudara selepas proses kelahiran. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.





No comments:

Post a Comment